GENGGAMLAH DUNIA DENGAN IT, (LA ODE MUSRIN)


Mengenal Ayam Organik


 


Ayam organik yang sebenar mesti mempunyai 3 syarat utama: 1- Ayam tersebut mestilah dari ibu dan bapa yang juga jenis organik. 2-Tidak menggunakan bahan-bahan kimia dalam makanan & rawatan, harus gunakan bahan-bahan organik saja. Kalau ayam tu diberi makan dedak yang macam kita beli kat kedai tu, maka confirm ayam tu dah tak jadi organik. 3- Ayam-ayam tersebut hendaklah bebas dan menggunakan 60% daripada aktiviti hariannya untuk bergerak. Maknanya kalu kita hadkan pergerakannya macam ayam daging yang hanya makan & tidur je, tak jadi organiklah. Itu hanya pendapat beliau dari apa yang dia belajar. Kami bertanya, adakah ayam kampung boleh dipanggil ayam organik? Ayam kampung yang dibela oleh kebanyakan orang tak makan dedak kimia, cari makan sendiri, suka berjalan-jalan rata-rata ceruk. Beliau cuma jawab, ayam kampung tu hampir-hampir organik! Adakah pembaca setuju dengan pendapat beliau? Tak kisahlah apa label nak bagi pun, yang penting ayam kampung ialah sumber daging terbaik. Menurut sebuah buku yang saya baca, ayam kampung ialah ayam -ayam tempatan yang tersebar di wilayah Malaysia (mungkin seluruh nusantara) seperti ayam kedu, ayam nunukan atau ayam pelung. Dalam Bahasa Inggeris, ayam kampung diterjemahkan sebagai “kampung chicken” bukan “buras chicken”.


 Penerangan dalam Wikipedia pula adalah seperti berikut: Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken). Asal-usul Ayam Kampung Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu balik, ayam selasih, ayam janggut, ayam laga atau ayam sabung, ayam togel, ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Total Tayangan Halaman

Postingan Populer

TNDE

ABSEN BM

Pengikut